Dalam buku ini, Witness Lee menyampaikan pandangan yang ringkas namun menyeluruh berkenaan pergerakan Tuhan sepanjang sejarah manusia. Dia menunjukkan betapa pentingnya pengaturan hal ehwal dunia oleh Tuhan dalam hal menggenapkan penebusan dan menyebarkan injil pada peringkat permulaan. Seterusnya dia juga menunjukkan bagaimana Tuhan bergerak sepanjang sejarah gereja untuk memperoleh kesaksian yang wajar demi ekspresi penuh-Nya. Kesaksian sedemikian terhasil daripada percayawan yang mengalami dan berhidupkan Kristus dan yang rela berhimpun menurut jalan yang ditetapkan Tuhan, bukan mengikut jalan perpecahan tetapi dalam kesatuan sejati sebagai Tubuh Kristus.