Bab 1 hingga 16 dalam buku ini terdiri daripada mesej-mesej yang disampaikan oleh Dikbang Witness Lee di Anaheim, California dari 21 Ogos hingga 11 Disember, 1996. Bab 17 telah ditambahkan kepada buku ini; bab ini mengandungi persekutuan yang disampaikan oleh Dikbang Lee di Anaheim, California, kepada sekumpulan kecil dikbang pada 17 Mac, 1997. Dua bab pertama berbicara tentang tujuan kumpulan vital, iaitu untuk menjalani kehidupan kingdom dan kehidupan gereja. Seterusnya, buku ini membicarakan konstituen kumpulan vital, yakni percayawan dalam Kristus, disipal Kristus, anggota Kristus, dikbang Kristus, dan penyabda Tuhan. Berikutan itu, kewajipan kumpulan vital dibicarakan, iaitu menggembala dan mengajar. Dalam dua perkara ini, kasih itu serba boleh. Kristus ialah Anak Manusia yang membelai kita dan Anak Tuhan yang mengkhasiati kita, oleh itu kita harus belajar membelai orang dalam keinsanan Yesus dan mengkhasiati orang dalam kedivinan Kristus. Kita mengkhasiati orang dengan kekayaan Kristus yang tidak terduga dalam ministri penuh-Nya yang mempunyai tiga tahap. Akhirnya, untuk menghubungi orang, kita haruslah seorang yang mempunyai persekutuan intim serta tuntas dengan Tuan, dan mengaku dosa serta berdoa secara tuntas sepanjang masa.