God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
983-01-025.png

Istilah Kristian, Edisi Kedua

RM 40.00
Sign in or Register to continue purchase
Catalog No 983-01-025
Publisher Gospel Book Centre

Istilah Kristian mengandungi perkataan dan frasa yang sesuai bagi menggambarkan kehidupan dan pengalaman orang Kristian. Keistimewaan buku ini ialah susunan istilah masukan bahasa Malaysia diikuti dengan padanannya dalam bahasa Inggeris. Istilah yang sukar difahami dan jarang-jarang digunakan pula diberikan definisi dan keterangan lanjut.

Istilah Kristian merupakan sumber rujukan yang amat berguna untuk semua orang Kristian, terutamanya pekudus yang bertutur dalam bahasa Malaysia atau mereka yang berhasrat untuk belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, tujuan buku ini adalah untuk menyeragamkan istilah Kristian dalam bahasa Malaysia. Hal ini membolehkan bahasa Malaysia digunakan secara meluas dalam pengajian Bible, persekutuan rohani, perhimpunan gereja, penginjilan dan penyebarluasan kebenaran. Buku ini juga dapat membantu para penterjemah dan penulis menentukan perkataan yang sukar diterjemahkan. Di samping meningkatkan pengetahuan am seseorang terhadap Bible, Istilah Kristian juga membantu memperluaskan kosa kata pembaca dalam penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Ciri-ciri buku ini termasuk :
• Senarai istilah bahasa Malaysia-bahasa Inggeris menurut huruf abjad yang mengandungi padanan bahasa Inggeris yang tepat.
• Penerangan ringkas sebagai rujukan segera bagi istilah bahasa Malaysia yang sukar.
• Pengelasan golongan kata untuk setiap istilah dan makna asal bagi istilah tertentu.
• Senarai istilah bahasa Inggeris-bahasa Malaysia yang padat dan mudah digunakan.
• Glosari yang mendefinisikan makna sesetengah istilah rohani, termasuk istilah baru yang dibentuk untuk mengungkapkan teks asal Bible.
• Kajian kata yang merupakan kaji selidik semantik terhadap beberapa daftar kata dalam Bible dan dalam teologi.


Publisher Gospel Book Centre
Format Digital e-Product
Catalog No983-01-025
Pages317
Dimension216mm X 141mm
Language Bahasa Malaysia
Original LanguageBahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY