Pada zaman Wasiat Lama, tidak ada orang yang pernah melihat Tuhan. Tuhan menyembunyikan diri-Nya dalam alam semesta. Oleh itu, ketika penyabda Yesaya melihat pengalaman orang Israel di tangan Tuhan, dia meluah dengan rasa kagurn, "Sesunggulmya, Engkaulah Tuhan vang menyembunyikan diri-Nya, O Tuhan" (Yes. 45:15).
Sampailah Wasiat Baru, meskipun Anak tunggal yang ada di pangkuan Bapa telah menyatakan Tuhan, namun Tuhan ini tersembunyi di dalam seorang manusia yang rendah. Para disipal seolah-olah mengenali-Nya namun tidak mengenali-Nya; mereka seolah-olah memahami-Nya namun tidak memahami-Nya. Selepas Tuan bangkit, Dia melatih dua orang disipal yang dalam perjalanan ke Emaus supaya mereka mengenali bahawa: Dia tinggal dalam kalangan manusia namun tidak memperlihatkan diri-Nya kepada manusia. Dia berada dalam manusia, bekerja dan beroperasi dalam manusia secara tersembunyi.
Kerja Tuhan yang paling benar ialah kerja yang senyap; kerja-Nya yang paling bertahan lama ialah kerja yang paling tersembunyi. Menyembunyikan diri ialah perangai Tuhan, malah merupakan prinsip kerja Tuhan.