God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
2657.jpg

Holy Bible (New Testament) Wasiat Baru, Versi Pemulihan, Hitam

RM 248.00
Sign in or Register to continue purchase
Catalog No 983-01-002
Publisher Living Stream Ministry

Sejak abad ke abad, pemulihan kebenaran dalam Bible adalah berterusan dan semakin berkembang dalam kalangan anak Tuhan. Antara kebenaran yang dipulihkan termasuk: justifikasi melalui iktikad oleh Martin Luther, penerangan lambang dan nubuat oleh Sidang Dikbang, Roh Kristus oleh Andrew Murray, kematian subjektif Kristus oleh Jessie Penn-Lewis, kehidupan orang Kristian yang normal oleh Watchman Nee, dan sebagainya. Tahap penglihatan tentang kebenaran sedikit sebanyak telah mempengaruhi pemahaman dan penterjemahan Bible. Setiap terjemahan Bible mencerminkan pemahaman seseorang penterjemah terhadap wahi dan bahasa asal Bible. Bagi memindahkan teks asal ke dalam bahasa moden, seseorang penterjemah itu pertamanya perlu memahami teks asal dalam keaslian maksud literal dan rohaninya. Seterusnya, dia perlu memindahkan maklumat daripada bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran dengan padanan yang terdekat dari segi makna selain daripada menjaga kelancaran bahasa. Di kebanyakan tempat, pemahaman kita bergantung pada apa yang telah diwahikan kepada kita sejak berabad lalu. Namun, perlu diakui bahawa kita telah melihat sesuatu yang lebih dalam dan luas berkenaan wahi kebenaran. Pemahaman terhadap kebenaran telah mendesak kita supaya menterjemahkan teks Bible menurut apa yang telah ditunjukkan Tuan kepada kita.

     Dalam penterjemahan Versi Pemulihan, ketepatan makna lebih diberi keutamaan berbanding dengan kelancaran bahasa agar sabda Tuhan dapat disampaikan dengan seasli mungkin dalam bahasa sasaran.

Publisher Living Stream Ministry
Format Bonded Leather
Catalog No983-01-002
ISBN9780736325479
Pages1520
Dimension235mm X 159mm
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY