祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO
3662.jpg

Kajian Hayat - Yehezkiel (Jilid 1-2)

RM 54.00
請登入或註冊以繼續購買
書號 983-10-249
著者 李常受
發行 Gospel Book Centre

Kajian-hayat Yehezkiel

Buku ini merupakan terjemahan daripada mesej-mesej dalam buku bahasa Inggeris “Life-study of Ezekiel” yang disampaikan oleh hamba Tuan—Dikbang Witness Lee. Setiap set Kajian-hayat Yehezkiel mengandungi 2 jilid.

Bible mewahikan bahawa sebuah kisah yang penuh misteri dibentangkan di alam semesta—kisah yang melibatkan Tuhan dan manusia. Dalam kisah ini, Tuhan masuk ke dalam manusia untuk menjadi hayat manusia, menyebabkan manusia mempunyai sifat-Nya dan imej-Nya yang mulia. Akhirnya, dalam sifat divin, Tuhan dan manusia akan dibina bersama-sama untuk menjadi tempat istirahat Tuhan. Hasil daripada pembinaan ini ialah Tuhan akan bersatu dengan manusia secara lengkap. Inilah kisah hayat yang penuh misteri antara Tuhan dengan manusia.

Namun begitu, dua buku, Yehezkiel dan Wahi, memberitahu kisah yang penuh misteri ini secara khusus. Kedua-dua buku berbicara tentang Tuhan menjadi hayat manusia, tentang Roh hayat, tentang pengaliran air hayat, dan tentang umat Tuhan yang mempunyai rupa-Nya yang mulia, yang menjadi tempat huni-Nya. Kedua-dua buku berakhir dengan visi tentang Yerusalem, dan kedua-dua buku menunjukkan kepada kita bahawa umat Tuhan dibina bersama-sama bukan hanya menjadi tempat huni Tuhan untuk istirahat-Nya tetapi juga menjadi pasangan korporat-Nya untuk kepuasan-Nya.

Antara buku dalam Bible, buku Yehezkiel mempunyai kedudukan yang amat penting. Apa yang diwahikan dalam Yehezkiel ialah bentuk yang padat bagi seluruh wahi dalam Bible. Buku Yehezkiel sebagai miniatur Bible, mewahikan bahawa hasrat Tuhan adalah untuk mendispenkan diri-Nya ke dalam kita untuk menjadi hayat kita supaya kita dapat beroleh sifat divin-Nya dan mempunyai imej mulia-Nya. Kemudian, melalui sifat divin serta imej divin, kita akan dibina bersama-sama menjadi tempat huni yang abadi—Yerusalem Baru. Inilah butir utama wahi dalam Bible dan juga dalam buku Yehezkiel.

Dikbang Witness Lee melakukan kajian awal tentang Yehezkiel pada musim luruh tahun 1961 dan mengadakan suatu persidangan yang lanjut tentang Yehezkiel pada tahun 1971. Mesej-mesej dua kali ini telah digabungkan untuk membentuk Kajian-hayat Yehezkiel. Kita sememangnya diberkati kerana dapat menjadi penerima sabda yang terbuka ini—untuk melihat visi-visi hayat Tuhan yang mulia dan butir-butir penting berkenaan hayat dalam buku ini.

著者 李常受
發行 Gospel Book Centre
規格 平裝
書號983-10-249
頁數368
尺寸216mm X 141mm
語言 馬來語
相關商品