祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO
1442.jpg

Kajian Hayat - Kejadian (Jilid 1-12)

RM 180.00
請登入或註冊以繼續購買
書號 983-10-017
著者 李常受
發行 Gospel Book Centre
Kajian-hayat Kejadian

Buku ini merupakan terjemahan daripada mesej-mesej dalam buku bahasa Inggeris “Life-study of Genesis” yang disampaikan oleh hamba Tuan—Dikbang Witness Lee. Setiap set Kajian-hayat Kejadian mengandungi 12 jilid.

Kejadian merupakan permulaan Bible dan juga pangkal wahi divin; asas bagi semua kebenaran utama dalam Bible dapat dijumpai dalam buku ini. Kebenaran-kebenaran ini pada mulanya disemai sebagai benih dalam taman buku Kejadian ini, kemudian mengalami perkembangan dalam buku-buku lain dalam Bible, dan akhirnya dituai dalam Wahi.

Bermula dari tahun 1974, hamba Tuan—dikbang Witness Lee—menghabiskan masa hampir empat tahun untuk menyampaikan 120 mesej kajian-hayat secara teliti berdasarkan buku Kejadian; mesej-mesej ini menyingkapkan semua benih kebenaran yang terkandung dalam Kejadian, perkembangannya dalam seluruh Bible, serta penerapannya dalam pengalaman hayat dan kehidupan gereja orang Kristian. Mesej-mesej ini turut menghuraikan semua watak dan peristiwa utama dalam buku Kejadian dengan terperinci dari segi prinsip rohani dan jalan rohani dalam aspek positif dan aspek negatif, dan dari segi makna rohani yang terkandung dalamnya. Tafsiran buku ini dan penerapannya berkenaan tamsil dan nubuat amatlah tepat dan padat. Selain itu, terdapat huraian yang lengkap dan menyeluruh berkenaan pengalaman lapan watak yang agung—Adam, Habel, Henokh, Nuh, Abraham, Ishak, Yakub, dan Yusuf; daripada pengalaman mereka, kita dapat melihat tujuan abadi Tuhan Tritunggal dalam ekonomi-Nya terhadap manusia serta kerja penyelamatan yang lengkap oleh Tuhan Tritunggal pada diri seseorang dalam pendispenan-Nya.
著者 李常受
發行 Gospel Book Centre
規格 平裝
書號983-10-017
ISBN9833843589
頁數1786
尺寸216mm X 141mm
語言 馬來語
相關商品