祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO
3269.jpg

Roh Almuhit Kristus

RM 4.00
請登入或註冊以繼續購買
書號 983-18-083
著者 李常受
發行 Gospel Book Centre

“Segala kepenuhan Bapa berada dalam Anak; segala yang ada dalam Anak berada dalam Roh itu; dan segala yang ada dalam Roh itu berada dalam Manusia itu. Inilah satu-satunya Penyelamat yang kita percayai. Inilah satu-satunya Tuan yang kita layan. Inilah satu-satunya Tuhan yang kita sembah. Inilah Kristus yang menghuni kita sebagai hayat kita.” Buku ini menghuraikan secara terperinci berkenaan apanya Kristus dan apanya Roh Yesus Kristus yang ajaib ini. Buku ini bukan sahaja menerangkan esens dan substan Kristus dan Roh Kristus dari berbagai-bagai aspek yang kaya, tetapi juga menunjukkan bahawa kesemua aspek ini adalah untuk pengalaman orang Kristian supaya kita akhirnya ditepui-Nya untuk ditransform menjadi imej Tuan yang mulia.

Apakah Kristus? Untuk kita memahami Roh almuhit Kristus secara tepat, kita perlu terlebih dahulu melihat apa itu Kristus. Saya bukan mengatakan "siapakah" Kristus, tetapi "apakah" Kristus. Terdapat banyak nama yang berlainan yang diberikan kepada Kristus dalam Kitab; walau bagaimanapun, kita tidak akan mempertimbangkan nama-nama Kristus, tetapi akan mempertimbangkan substan Kristus, iaitu esens sebenar-Nya. Meja kayu dipanggil meja, tetapi esens atau substannya ialah kayu. Apakah substan Kristus? Inilah maksud saya ketika saya bertanya "Apakah Kristus?"

著者 李常受
發行 Gospel Book Centre
規格 小冊子
書號983-18-083
頁數48
尺寸151mm X 93mm
語言 馬來語
相關商品