祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO

2 Buku Kecil - Kepastian, Kekukuhan dan Keriangan Penyelamatan | Darah Adi Kristus

RM 6.00
請登入或註冊以繼續購買

Kepastian, Kekukuhan, dan Keriangan Penyelamatan

Seseorang bapa insani mungkin dapat menarik balik hadiah yang diberikannya kepada anaknya, tetapi dia pasti tidak dapat menarik balik hayat insani yang telah disalurkannya. Meskipun anak itu mungkin berperangai buruk, namun anak itu masih anak kepada bapa itu. Demikian juga, kita ialah anak-anak Tuhan. Walaupun kita mungkin mempunyai banyak kelemahan dan mungkin memerlukan disiplin-Nya, namun dosa-dosa dan kelemahan kita tidak dapat mengubah hakikat bahawa kita ialah anak-anak-Nya. Hayat yang kita terima melalui kelahiran kedua kita ialah hayat abadi, hayat yang tidak dapat dimusnahkan, hayat Tuhan, yakni hayat yang pasti tidak akan mati.

Darah Adi Kristus

Di dalam alam semesta, hanya ada satu benda yang dapat menghapuskan dosa, yakni darah adi Kristus. Tidak ada doa, tangisan, upacara, tindakan menebus dosa, janji untuk berbuat baik, rasa bersalah, ataupun penantian masa yang dapat menghapuskan dosa. Tidak ada apa-apa melainkan darah adi Kristus. Ibrani 9:22 mengatakan bahawa “tanpa penumpahan darah, tidak akan ada pengampunan.”

著者 李常受
發行 Gospel Book Centre
規格 小冊子
書號983-18-063067
ISBN98318
尺寸151mm X 93mm
語言 馬來語
相關商品