Buku Kidung Kanak-kanak ini merupakan koleksi lagu rohani untuk kanak-kanak. Hampir kesemua kidung dalam buku ini merupakan terjemahan daripada Kidung Kanak-kanak bahasa Cina terbitan Juridical Party of Taiwan Gospel Book Room. Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit asal kerana memberi kebenaran penterjemahan kepada kami. Selain itu, kami juga memasukkan dua kidung gubahan tempatan. Terdapat sejumlah 332 buah kidung dalam Kidung Kanak-kanak ini. Isi kandungan buku kidung ini disusun mengikut tajuk. Semua kidung dinomborkan mengikut nombor kidung dalam Kidung Kanak-kanak bahasa Cina. Kidung gubahan sendiri pula mengambil nombor berikutnya mengikut tajuk yang sesuai.
Bagi memudahkan pencarian satu-satu kidung, indeks disediakan di bahagian akhir buku.