祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO
e-SKPP23.jpg

e-Sabda Kudus Untuk Pemugaran Pagi - Langganan Tetap 2023

RM 30.00
請登入或註冊以繼續購買
書號 e-SKPP23
著者 Watchman Nee & Witness Lee
發行 Gospel Book Centre
文件 下載

Tempahan tahunan ini merangkumi:

  • Persidangan Peringkat Antarabangsa Bahasa Cina (2023)
  • Latihan Peringkat Antarabangsa untuk Para Penatua dan Dikbang yang Bertanggungjawab (April 2023)
  • Persidangan Hari Peringatan (2023)
  • Latihan Dua Kali Setahun (Julai 2023)
  • Latihan Peringkat Antarabangsa untuk Para Penatua dan Dikbang yang Bertanggungjawab (Oktober 2023)
  • Persidangan Hari Kesyukuran (2023)
  • Latihan Dua Kali Setahun (Disember 2023)

1. Buku ini bertujuan untuk membantu para percayawan memupuk kehidupan pemugaran pagi dengan Tuan dalam sabda-Nya se­tiap hari. Melalui perhubung­an yang intim dengan Tuan dalam sabda-Nya, para percayawan dapat dikonstitut dengan hayat dan kebenaran, dengan itu di­perlengkapkan untuk bertutur-sabda dalam perhimpunan gereja demi pembinaan Tubuh Kristus.

2. Seluruh isi kandungan buku ini dipetik daripada Garis Kasar, teks dan nota kaki Bible Versi Pemulihan, tulisan Witness Lee dan Watchman Nee, serta Kidung.

3. Buku ini dibahagikan mengikut minggu. Satu mesej latihan disusun untuk setiap minggu. Setiap minggu menyampaikan pertama garis kasar mesej, disusuli enam bahagian peruntukan harian, sebuah kidung, dan diikuti dengan sedikit ruang untuk catatan. Garis kasar latihan telah dibahagikan mengikut hari untuk dipadankan dengan enam bahagian peruntukan harian. Setiap bahagian peruntukan harian itu meliputi sesetengah butir dengan bahagian yang bertajuk “Pengkhasiatan Pagi”. Bahagian ini mengandungi ayat-ayat Bible yang dipilih dan bacaan pendek yang dapat membekalkan khasiat rohani melalui persekutuan yang intim dengan Tuan. “Pengkhasiatan Pagi” ini diikuti dengan bahagian yang bertajuk “Bacaan Hari Ini”, iaitu petikan ministri yang lebih panjang berkenaan butir-butir utama pada hari tersebut. Peruntukan setiap hari diakhiri dengan satu senarai rujukan yang pendek untuk pembacaan selanjutnya dan sedikit ruang bagi para pekudus membuat catatan berkenaan inspirasi rohani, pencahayaan, dan kenik­matan mereka bagi memperingatkan mereka tentang apa yang telah diterima daripada Tuhan pada hari tersebut.

4. Ruangan yang disediakan pada hujung setiap minggu adalah untuk pengarangan tutur-sabda yang pendek. Tutur-sabda ini boleh ditulis dengan mempertimbangkan semua nota harian kita, yakni “penuaian” inspirasi kita dalam minggu itu, dan menyediakan satu butir utama dengan beberapa butir sam­pingan untuk dibicarakan dalam perhimpunan-perhimpunan gereja demi pembinaan Tubuh Kristus yang organik.

5. Semua isi kandungan yang di-susun oleh Living Stream Ministry dipetik daripada tulisan Witness Lee dan Watchman Nee. Kesemua garis kasar, nota kaki, dan rujukan dalam Bible Versi Pemulihan ditulis oleh Witness Lee. Semua rujukan lain yang dipetik dalam terbitan ini berasal daripada ministri Witness Lee dan Watchman Nee.

著者 Watchman Nee & Witness Lee
發行 Gospel Book Centre
規格 Digital e-Product
書號e-SKPP23
語言 馬來語
相關商品