祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO

Kristus Almuhit

RM 36.00
請登入或註冊以繼續購買

   Segala tamsil dan lambang yang ditemui dalam seluruh Wasiat Lama mewakili satu pandangan yang indah tentang Tuan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus. Salah satu tamsil yang penting namun terlepas perhatian ramai ialah tanah permai, yakni tanah Kanaan. Dalam buku Kristus Almuhit, Witness Lee menjelaskan secara terperinci bahagian-bahagian dalam buku Ulangan; dia menunjukkan bahawa tanah yang diwarisi oleh bani Israel merupakan tamsil yang penuh bagi Kristus almuhit, iaitu warisan kita dalam Wasiat Baru. Dia memaparkan pengkajian yang terperinci berkenaan sesetengah kekayaan yang tidak terduga di tanah permai, termasuk anak sungai dan sungai, gandum dan barli, buah ara dan pohon anggur, bahkan besi dan batu. Setiap tamsil dijelaskan dan dapat diterapkan pada pengalaman kita sebagai percayawan. Setiap percayawan perlu masuk, tinggal, memperoleh, dan bertempur untuk Kristus almuhit ini. Dari mula sampai akhir, bukuKristus Almuhit menjadi galakan kepada penuntut Tuhan agar tiap-tiap hari menikmati Kristus, mengalami Kristus, dan menerapkan Kristus yang merupakan tanah permai demi penggenapan tujuan abadi Tuhan.

Isi Kandungan:

1. Kristus Almuhit — Pengenalan 
2. Kepermaian Tanah Itu — Keluasannya 
3. Kepermaian Tanah Itu — Ketinggiannya 
4. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (1) — Air
5. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (2) — Makanan (1) 
6. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (3) — Makanan (2) 
7. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (4) — Galian (1) 
8. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (5) — Galian (2) 
9. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (1)—Melalui Anak Domba, Manna, Tabut, dan Tabernakal
10. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (2)—Melalui Korban dan Kehentaran
11. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (3)—Melalui Prinsip-prinsip Kawalan 
12. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (4)—Melalui Pembentukan Angkatan Tentera
13. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (5) — Faktor-faktor yang Menentang 
14. Masuk ke Tanah Permai 
15. Kehidupan di Tanah Itu 
16. Hasil Tanah Itu — Bait dan Kota 

著者 李常受
發行 Gospel Book Centre
規格 平裝
書號983-06-002
ISBN9789833843664
頁數214
尺寸216mm X 141mm
語言 馬來語
原文英語
相關商品