祂願意萬人得救,並且完全認識真理 — 提摩太前書 二章四節
IMG-LOGO
2417.jpg

Kehidupan Orang Kristian yang Normal

RM 42.00
請登入或註冊以繼續購買

Apakah kehidupan orang Kristian yang normal? Paulus memberi kita takrifnya sendiri berkenaan kehidupan orang Kristian dalam Galatia 2:20, iaitu “Bukan lagi aku yang hidup, tetapi Kristus yang hidup dalamku”. Dia bukan mengemukakan perkara-perkara yang istimewa atau pelik untuk dijadikan standard kehidupan orang Kristian yang tinggi, tetapi dia membentangkan standard kehidupan yang normal yang ditetapkan Tuhan terhadap orang Kristian; standard ini dapat diringkaskan dengan kata-kata berikut: Bukan lagi saya yang hidup, tetapi Kristus yang berhidupkan hayat-Nya dalam saya. Berdasarkan buku Roma, empat syarat diperlukan untuk menjalani kehidupan orang Kristian yang normal, iaitu (1) Mengetahui, (2) Mengira, (3) Mempersembahkan diri kita kepada Tuhan, dan (4) Bergerak-hidup menurut roh. Buku ini mengkaji setiap langkah dengan teliti dari segi hakikat kebenaran dan juga pengalaman praktikal. Buku ini juga menghuraikan dengan lebih lanjut tentang kehidupan orang Kristian dari segi korporat, iaitu Tubuh Kristus, dan keperluan Salib untuk menanggulangi hayat-sukma manusia. Akhirnya, Watchman Nee menyentuh tentang matlamat Injil; matlamat utama Injil bukanlah untuk kepuasan pendosa tetapi untuk kepuasan Tuan; Dia dipuaskan apabila orang yang ditebus-Nya mencurahkan segala-gala ke atas-Nya.

Isi Kandungan:

1. Darah Kristus

2. Salib Kristus 

3. Jalan untuk Maju: Mengetahui 

4. Jalan untuk Maju: Mengira 

5. Pemisahan oleh Salib 

6. Jalan untuk Maju: Mempersembahkan Diri kepada Tuhan 

7. Tujuan Abadi 

8. Roh Kudus 

9. Makna dan Nilai Roma 7 

10. Jalan untuk Maju: Bergerak-hidup menurut Roh 

11. Satu Tubuh dalam Kristus 

12. Salib dan Hayat-sukma 

13. Jalan untuk Maju: Memikul Salib 

14. Matlamat Injil 

著者 倪柝聲
發行 Gospel Book Centre
規格 平裝
書號983-07-002
ISBN9789833843602
頁數244
尺寸216mm X 141mm
語言 馬來語
相關商品