God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
e-SKPP22.jpg

e-Sabda Kudus Untuk Pemugaran Pagi - Langganan Tetap 2022

RM 30.00
Sign in or Register to continue purchase
Catalog No e-SKPP22
Author Watchman Nee & Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
File Download

Tempahan tahunan ini merangkumi:

  • Persidangan Peringkat Antarabangsa Bahasa Cina (2022)
  • Latihan Peringkat Antarabangsa untuk Para Penatua dan Dikbang yang Bertanggungjawab (April 2022)
  • Persidangan Hari Peringatan (2022)
  • Latihan Dua Kali Setahun (Julai 2022)
  • Latihan Peringkat Antarabangsa untuk Para Penatua dan Dikbang yang Bertanggungjawab (Oktober 2022)
  • Persidangan Hari Kesyukuran (2022)
  • Latihan Dua Kali Setahun (Disember 2022)

1. Buku ini bertujuan untuk membantu para percayawan memupuk kehidupan pemugaran pagi dengan Tuan dalam sabda-Nya se­tiap hari. Melalui perhubung­an yang intim dengan Tuan dalam sabda-Nya, para percayawan dapat dikonstitut dengan hayat dan kebenaran, dengan itu di­perlengkapkan untuk bertutur-sabda dalam perhimpunan gereja demi pembinaan Tubuh Kristus.

2. Seluruh isi kandungan buku ini dipetik daripada Garis Kasar, teks dan nota kaki Bible Versi Pemulihan, tulisan Witness Lee dan Watchman Nee, serta Kidung.

3. Buku ini dibahagikan mengikut minggu. Satu mesej latihan disusun untuk setiap minggu. Setiap minggu menyampaikan pertama garis kasar mesej, disusuli enam bahagian peruntukan harian, sebuah kidung, dan diikuti dengan sedikit ruang untuk catatan. Garis kasar latihan telah dibahagikan mengikut hari untuk dipadankan dengan enam bahagian peruntukan harian. Setiap bahagian peruntukan harian itu meliputi sesetengah butir dengan bahagian yang bertajuk “Pengkhasiatan Pagi”. Bahagian ini mengandungi ayat-ayat Bible yang dipilih dan bacaan pendek yang dapat membekalkan khasiat rohani melalui persekutuan yang intim dengan Tuan. “Pengkhasiatan Pagi” ini diikuti dengan bahagian yang bertajuk “Bacaan Hari Ini”, iaitu petikan ministri yang lebih panjang berkenaan butir-butir utama pada hari tersebut. Peruntukan setiap hari diakhiri dengan satu senarai rujukan yang pendek untuk pembacaan selanjutnya dan sedikit ruang bagi para pekudus membuat catatan berkenaan inspirasi rohani, pencahayaan, dan kenik­matan mereka bagi memperingatkan mereka tentang apa yang telah diterima daripada Tuhan pada hari tersebut.

4. Ruangan yang disediakan pada hujung setiap minggu adalah untuk pengarangan tutur-sabda yang pendek. Tutur-sabda ini boleh ditulis dengan mempertimbangkan semua nota harian kita, yakni “penuaian” inspirasi kita dalam minggu itu, dan menyediakan satu butir utama dengan beberapa butir sam­pingan untuk dibicarakan dalam perhimpunan-perhimpunan gereja demi pembinaan Tubuh Kristus yang organik.

5. Semua isi kandungan yang di-susun oleh Living Stream Ministry dipetik daripada tulisan Witness Lee dan Watchman Nee. Kesemua garis kasar, nota kaki, dan rujukan dalam Bible Versi Pemulihan ditulis oleh Witness Lee. Semua rujukan lain yang dipetik dalam terbitan ini berasal daripada ministri Witness Lee dan Watchman Nee.

Author Watchman Nee & Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
Format Digital e-Product
Catalog Noe-SKPP22
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY