God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
orgMuda.jpg

e-Persekutuan dengan Orang Muda

RM 3.00
Sign in or Register to continue purchase

Dalam setiap zaman dan generasi, Tuhan mencapai orang muda untuk melaksanakan pergerakan-Nya. Bible dan juga sejarah gereja menunjukkan kepada kita bahawa Tuhan ingin menggunakan orang muda. Tuhan mencapai orang muda kerana kebanyakan mereka masih belum dirosakkan dan diduduki oleh hal jahat pada zaman ini.

Dalam Persekutuan dengan Orang Muda, Witness Lee membicarakan kata yang terus terang kepada orang muda hari ini; beliau menggalakkan mereka agar menjadi berguna kepada Tuhan untuk tujuan-Nya dengan tidak mencemarkan diri dengan hal-hal zaman ini. Dia memesan mereka agar lari daripada nafsu orang muda dan mengejar keadilbenaran, iktikad, kasih, dan kedamaian bersama dengan teman-teman yang wajar, yakni bersama dengan mereka yang turut mempunyai hati untuk mengejar Tuan.

Witness Lee juga memaparkan suatu visi yang jelas berkenaan isi kandungan pemulihan Tuan, iaitu warisan kita dari segi hayat dan kebenaran; warisan ini harus dijaga dan dipelihara. Beliau juga memberi persekutuan yang praktikal berkenaan bagaimana memajukan pemulihan Tuan pada zaman ini.

Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
Format Digital e-Product
Catalog Noe-16-001
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY