God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
3295.jpg

e-1000 Ayat Bible yang Amat Penting untuk Percayawan yang Mencari

RM 12.00
Sign in or Register to continue purchase

1000 Ayat Bible yang Amat Penting untuk Percayawan yang Mencari merupakan suatu kemestian bagi mana-mana pencari dan pencinta Kristus yang bersikap serius. Buku ini merupakan penyusunan ayat-ayat Bible penting yang diatur secara bertopik dan menurut tahap kepentingannya. Ayat-ayat ini meliputi banyak aspek penting berkenaan kepercayaan, hayat, dan kerja orang Kristian. Kami telah menjadikannya mudah digunakan bagi kamu. Di samping itu, nota dan rujukan silang yang membantu juga disediakan di sebelah ayat-ayat untuk menjelaskan kebenaran yang terkandung dalam ayat-ayat itu.

Selepas kamu menghafal 1000 ayat Bible yang amat penting ini, kamu sudah menguasai hampir kesemua ayat yang perlu supaya kamu mempunyai satu gambaran menyeluruh berkenaan perkara yang benar-benar penting dalam sabda Tuhan dari sudut pandangan ekonomi abadi Tuhan. Ini akan menjadi asas yang amat kuat dan teguh untuk kamu menerima wahi selanjutnya daripada Roh Kudus dan semakin maju dalam kehidupan orang Kristian dan pelayanan terhadap Tuhan.

Buku ini padat dari segi saiznya, menyeluruh dari segi kandungannya, dan lengkap dari segi fungsinya. Buku ini juga boleh digunakan sebagai rujukan tersedia ketika kamu hendak mencari ayat Bible yang sesuai untuk keperluan kamu pada bila-bila masa, di mana-mana tempat, dan dalam apa-apa situasi.

Kol. 3:16a Hendaklah sabda Kristus huni dalam kamu dengan kayanya.

Publisher Gospel Book Centre
Format Digital e-Product
Catalog Noe-GBC-22
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY