God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO

Kajian-Hayat Wahi, 4 Jilid dalam Satu Set

RM 136.00
Sign in or Register to continue purchase
Catalog No 983-10-208
Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre

Kajian-Hayat Wahi, 4 Jilid dalam Satu Set (Mesej 1-68)

Disebabkan musuh Tuhan yang licik, buku Wahi menjadi sebuah buku yang tertutup, dan sangat sedikit orang Kristian yang memahaminya. Hampir tidak ada seorang yang melihat sesuatu berkenaan hayat, berkenaan ekonomi Tuhan, dan berkenaan kesaksian Yesus dalam buku ini.

Buku Wahi ialah buku nubuat (1:3; 22:7), kerana wahi yang terkandung dalamnya bersifat nubuat. Kebanyakan visi merujuk kepada hal-hal yang akan berlaku. Bahkan tujuh surat kepada tujuh gereja dalam bab dua dan tiga, dalam erti kata tanda, merupakan nubuat berkenaan gereja di bumi sehingga perkembalian Tuan. Walaupun buku ini ialah buku nubuat, namun nubuatnya bukan sahaja dalam kata-kata, tetapi dalam visi-visi yang diwahikan kepada pelihat. Di mata Tuhan, segala hal yang dinubuatkan dalam buku ini sudah pun berlaku dan semuanya ditunjukkan kepada pelihat dalam visi demi visi.

Sebagai buku terakhir dalam Bible, Wahi ialah kesimpulan, penggenapan, dan konsumasi seluruh wahi divin, seluruh Bible. Bible memerlukan kesimpulan sedemikian. Sebahagian besar benih kebenaran wahi divin telah disemai dalam Kejadian, iaitu buku pertama dalam Bible. Pertumbuhan semua benih ini diperkembangkan secara progresif dalam buku-buku berikutnya, terutama sekali dalam buku-buku Wasiat Baru, dan hasilnya dituai dalam buku Wahi.


Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
Format Paperback
Catalog No983-10-208
Language Bahasa Malaysia
Original LanguageEnglish
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY