God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
3672.jpg

Kajian Hayat - Imamat (Jilid 1-4)

RM 94.00
Sign in or Register to continue purchase
Catalog No 983-10-083
Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
Kajian-hayat Imamat

Buku ini merupakan terjemahan daripada mesej-mesej dalam buku bahasa Inggeris “Life-study of Leviticus” yang disampaikan oleh hamba Tuan—Dikbang Witness Lee. Setiap set Kajian-hayat Imamat mengandungi 4 jilid.

Wahi divin dalam Bible adalah progresif. Tuhan tidak akan mewahikan sesuatu dengan sepenuhnya dalam satu buku Bible semata-mata. Oleh itu, kita tidak dapat melihat pandangan lengkap terhadap wahi Tuhan dalam satu buku sahaja. Wahi divin semakin maju dari tahap ke tahap, dari peringkat ke peringkat, dari butir ke butir. Apabila kita sampai ke bab terakhir Bible, barulah kita mempunyai pandangan lengkap terhadap wahi Tuhan. Sekarang mari kita mempertimbangkan bagaimana wahi divin berkembang dalam tiga buku Bible yang pertama—dalam Kejadian, Keluaran, dan Imamat.

Dalam Kejadian kita mempunyai penciptaan Tuhan dan kejatuhan manusia, dan dalam Keluaran kita mempunyai penebusan Tuhan dan kediaman Tuhan. Kita memuji Tuan kerana atas penebusan Tuhan kita tidak lagi jatuh. Menerusi penebusan, kita dibawa ke dalam kediaman Tuhan. Tabernakal yang merupakan kediaman Tuhan dalam Keluaran mentamsilkan gereja. Kediaman Tuhan hari ini ialah gereja, dan kita berada dalamnya.

Dalam Imamat kita mempunyai penyembahan dan kehidupan umat yang ditebus. Sebagai umat yang ditebus Tuhan, menerusi tabernakal, dengan korban persembahan, dan melalui para hentar, kita dapat menghubungi Tuhan, bersekutu dengan Tuhan dengan menikmati Kristus, melayan Tuhan dalam Kristus, dan menjadi umat kudus dalam Kristus yang menjalani kehidupan kudus yang mengekspresikan Tuhan. Tabernakal, korban persembahan, dan hentar semuanya perkara berkenaan Kristus. Kristus ialah segala-gala dalam persekutuan, pelayanan, dan kehidupan umat yang ditebus Tuhan. Dialah korban persembahan, Dialah hentar agung, dan Dialah segala-gala dalam kehidupan umat yang ditebus Tuhan. Oleh itu, Imamat ialah buku tentang Kristus dan penuh dengan Kristus.
Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
Format Paperback
Catalog No983-10-083
Pages639
Dimension216mm X 141mm
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY