Buku Filipi juga merupakan salah satu buku yang dianggap sebagai jantung bagi wahi Wasiat Baru berkenaan ekonomi Tuhan. Subjek buku Filipi ialah pengalaman terhadap Kristus. Berkenaan pengalaman terhadap Kristus, setiap bab dalam buku Filipi meliputi satu butir utama. Dalam bab satu, terdapatnya hal memperbesar Kristus. Dalam bab dua, Paulus membentangkan Kristus sebagai teladan kita. Bab tiga menunjukkan bahawa Kristus harus menjadi matlamat dan sasaran kita. Dalam bab empat, Kristus ialah kudrat kita. Oleh itu dalam buku Filipi, kita melihat Kristus sebagai Dia yang dihidup keluar dan diperbesar, Kristus sebagai teladan, Kristus sebagai matlamat, dan Kristus sebagai kekuatan dalaman kita. Kita semua perlu mengalami Kristus dalam empat aspek ini.