Buku Efesus secara khususnya membicarakan gereja dan menyingkapkan tujuh aspek gereja: Tubuh Kristus, manusia baru, kingdom Tuhan, keluarga Tuhan, tempat huni Tuhan, pengantin, isteri Kristus dan pejuang korporat yang menanggulangi dan menewaskan musuh Tuhan bagi menyempurnakan tujuan abadi Tuhan.
Antara isi kandungan penting dalam buku ini ialah: (1) Berkat yang diterima oleh gereja dalam Kristus; (2) doa dutus agar gereja beroleh wahi; (3) penghasilan, sifat, kedudukan, pembinaan, dan fungsi gereja; (4) pewahian misteri dan ministri penyelenggaraan berkenaan gereja; (5) doa dutus agar gereja mengalami Kristus; dan (5) gerak-hidup dan tanggungjawab gereja dalam Roh.
Satu ciri istimewa tentang buku ini ialah buku ini berbicara dari sudut pandangan tujuan abadi Tuhan, dari keabadian, dan dari kesyurgaan. Buku Efesus merupakan salah satu buku daripada empat buku yang dianggap sebagai jantung bagi wahi Wasiat Baru berkenaan ekonomi abadi Tuhan.