God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO
3412.jpg

Hala Tuju Orang Kristian

RM 20.00
Sign in or Register to continue purchase
Catalog No 983-13-939
Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre

  Buku ini merupakan terjemahan bagi mesej-mesej yang disampaikan dalam bahasa Cina oleh Dikbang Witness Lee pada musim panas tahun 1950 di Taipei, Taiwan. Mesej-mesej ini tidak disemak oleh pembicara.

  Orang yang tidak percaya mungkin mengejar pelbagai hiburan dan keseronokan, manakala matlamat unik orang Kristian seharusnya ialah Tuhan sendiri. Tuhan mencipta kita untuk diri-Nya, dan Dia hendak menjadi objek hala tuju kita yang tidak ada tandingannya: “Carilah Yehova dan kekuatan-Nya; carilah muka-Nya selalu” (1 Taw. 16:11). Akan tetapi, bertentangan dengan hasrat ini, banyak orang Kristian yang tidak mempunyai hala tuju yang konsisten.

  Dalam Hala Tuju Orang Kristian Witness Lee memimpin percayawan kembali kepada pusat kehi-dupan orang Kristian. Dengan menggunakan gambaran praktikal, dia mempersembahkan kehidupan yang normal bagi seorang percayawan. Seseorang Kristian wajib memiliki dan menikmati empat perkara: Kristus, Bible, gereja, dan teman-teman rohani yang mengejar Kristus. Dia juga harus mempunyai empat ciri: Dia haruslah ternyata berbeza dan tersendiri daripada orang yang tidak percaya kerana cara hidupnya telah dikuduskan; dia harus mempunyai kesedaran dalaman bahawa pimpinan Tuan sering kali bercanggah dengan hasrat peribadinya; kehidupannya harus bertitik tolak daripada bahagian terdalamnya dan bukannya daripada fikiran alamiahnya; dan dia harus mencari kehendak Tuhan serta dipimpin Tuhan dalam apa jua yang dilakukannya.

Isi Kandungan:

1 Hala Tuju Orang Kristian
2 Empat Perkara yang Dimiliki Orang Kristian
3 Pengetahuan Asas Terhadap Bible
4 Isi Kandungan Gereja
5 Hayat Orang Kristian yang Tersendiri
6 Percanggahan dalam Orang Kristian
7 Mengambil Bahagian Terdalam Kita sebagai Titik Tolak
8 Pimpinan dalam Orang Kristian

Author Witness Lee
Publisher Gospel Book Centre
Format Paperback
Catalog No983-13-939
Pages91
Dimension216mm X 141mm
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY