God desires all men to be saved and to come to the full knowledge of the truth — 1 Tim. 2:4
IMG-LOGO

Hakikat, Iktikad, dan Pengalaman (3 Bahagian Dalam Satu Set)

RM 26.40
Sign in or Register to continue purchase

Hakikat, Iktikad, dan Pengalaman

1. Bahagian Satu - Hakikat

2. Bahagian Dua - Iktikad

3. Bahagian Tiga - Pengalaman

Dalam ministri Watchman Nee yang melayan Tuan seumur hidup, dia sentiasa seimbang dari segi pengetahuan terhadap kebenaran objektif dalam Bible dan dari segi pengalaman terhadap realiti subjektif yang terkandung dalam wahi divin. Pada awal ministrinya, dia menerbitkan sebuah rencana yang bertajuk “Hakikat, Iktikad, dan Pengalaman”. Antara tahun 1925 dan 1934, yakni tahun-tahun awal ministrinya, dia telah menyampaikan banyak mesej yang berkaitan dengan butir-butir ini. Dia membicarakan hakikat divin, termasuk jaminan dan keutuhan penyelamatan, kekekalan kerja Kristus di atas salib, serta peranan iktikad dalam menerima hakikat-hakikat divin ini. Dia turut memberi panduan yang penuh ilham dalam hal mengalami dan menikmati hakikat-hakikat yang telah disempurnakan oleh Kristus.

Buku ini bermula dengan rencana “Hakikat, Iktikad, dan Pengalaman”. Bahagian-bahagian yang seterusnya mengandungi mesej-mesej yang berkaitan dengan topik hakikat, iktikad, dan pengalaman. Mesej terakhir, yang bertajuk “Dua Aspek Kebenaran—Subjektif dan Objektif”, merupakan kata penutup yang berpadanan bagi koleksi mesej ini, dengan menunjukkan bahawa kehidupan orang Kristian kita akan mencapai keseimbangan ketika hakikat objektif yang terkandung dalam Sabda menjadi hidup menerusi iktikad dan beroperasi dalam pengalaman kita. Mesej-mesej ini mudah dan amat sesuai bagi percayawan baru, namun pada masa yang sama, mesej-mesej ini juga mengandungi wawasan yang mendalam yang dapat membantu percayawan yang lebih matang.

Author Watchman Nee
Publisher Gospel Book Centre
Format Paperback
Catalog No983-11-009
ISBN9833843657
Pages185
Dimension216mm X 141mm
Language Bahasa Malaysia
OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY