Catalog No | 983-07-003 |
Author | Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Penyelamatan Tuhan benar-benar ajaib! Tuhan bukan sahaja hendak menyelamatkan kita daripada kebinasaan kekal, tetapi juga hendak bertumbuh dalam kita, mentransform kita, dan akhirnya memuliakan kita supaya kita dapat menjadi ekspresi-Nya yang mulia hingga keabadian. Jika kita hendak menikmati penyelamatan-Nya yang mengagumkan secara sepenuhnya, kita perlu menempuh banyak pengalaman rohani dan penanggulangan yang praktikal, termasuk menyucikan hati, mengaku dosa, dicahayai Tuhan, mempersembahkan diri kepada Tuhan, hidup melalui zimah, dan belajar melayan Tuhan melalui kudrat-Nya dan bukannya kudrat kita sendiri.
Buku ini mengandungi sepuluh mesej yang meliputi jalan untuk seseorang yang telah diselamatkan itu maju dalam hayat, iaitu dia perlu berhati murni, menyingkirkan selubung, mengaku dosanya, memohon pencahayaan Tuhan, mempersembahkan diri kepada Tuhan, menanggulangi zimahnya, hidup di hadapan Tuhan, dan mempunyai pelayanan yang wajar dalam Kristus. Setelah terpendam setengah abad lamanya, kini semua mesej ini telah diterbitkan, dan kelimpahan hayat yang terkandung dalamnya dibebaskan semula.
Isi Kandungan:
Bab 1 Orang yang Berhati Murni
Bab 2 Menyingkirkan Segala yang Menutupi Cahaya
Bab 3 Langkah Pertama selepas Diselamatkan — Menyingkirkan Ragi
Bab 4 Mengaku Dosa dan Memohon Pencahayaan
Bab 5 Mempersembahkan Diri
Bab 6 Menanggulangi Zimah
Bab 7 Hidup Menurut Zimah dan Hidup di Hadapan Tuhan
Bab 8 Bagi Manusia, “Ini” tidak Mungkin, tetapi bagi Tuhan Segala Sesuatu
adalah Mungkin
Bab 9 Berupaya Melakukan Segala Sesuatu dalam Kristus
Bab 10 Penanggulangan yang Perlu dalam Pelayanan
Author | Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Format | Paperback |
Catalog No | 983-07-003 |
ISBN | 98307003 |
Pages | 118 |
Dimension | 216mm X 141mm |
Language | Bahasa Malaysia |