Zaman remaja merupakan zaman keemasan seorang manusia dan faktor penentu bagi seumur hidupnya. Oleh itu, seseorang remaja perlu merancang masa dan tenaganya supaya digunakan tanpa pembaziran! Perkara yang utama ialah membina hubungan dengan Tuan, dan mempersiapkan diri—mempunyai Tuhan, menerima pendidikan, dan membina perwatakan yang wajar—untuk menjadi tiang yang memikul kesaksian rumah Tuhan, malah menjadi pembina tiang seperti Hiram, yang menerima pendidikan sekular yang tertinggi, mengalami pemindahan yang penuh misteri, serta berfungsi dalam kebangkitan. Orang muda sekalian, ini seharusnya menjadi amanat kita!