Dari mula hingga akhir, Bible membicarakan hal berkenaan makan Tuan. Setelah Tuhan mencipta manusia, Dia menempatkan manusia di hadapan diri-Nya yang merupakan pohon hayat. Tuhan tidak memerintahkan orang agar memuji atau menyembah-Nya, sebaliknya Dia memerintahkan orang agar memakan-Nya. Perkara makan ini dibicarakan dalam buku-buku Wasiat Lama yang terkemudian dengan memaparkan tamsil bagi anak domba Paskah, tamsil bagi korban-korban dalam tabernakal, dan tamsil bagi hasil keluaran tanah permai Kanaan. Wasiat Baru juga membicarakan dengan jelas hal pemakanan kita, khususnya memaparkan Kristus sebagai bahagian semua percayawan. Dalam buku Makan Tuan, Witness Lee menyingkapkan satu kebenaran Bible yang agung—Makan Tuan bermaksud menikmati Tuan supaya Tuhan dapat menyalurkan diri-Nya ke dalam manusia untuk menggenapkan hasrat hati-Nya. Ketika kita percaya kepada injil, satu perayaan besar telah disediakan di hadapan kita, dan setiap hari kita mematuhi perayaan ini dengan bekerjasama dengan operasi dalaman Tuan. Dengan cara ini, Kristus akan menjadi bahagian yang berlimpah-limpah bagi kenikmatan kita dan bagi orang lain apabila kita berkongsi Kristus dengan mereka.
Isi Kandungan
1 Bible Sebuah Buku berkenaan Makan
2 Tuan adalah untuk Dimakan Manusia
3 Datang ke Jamuan dan Mematuhi Perayaan
4 Dua Jenis Makan