Catalog No | 983-06-002 |
Author | Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Segala tamsil dan lambang yang ditemui dalam seluruh Wasiat Lama mewakili satu pandangan yang indah tentang Tuan dan Penyelamat kita, Yesus Kristus. Salah satu tamsil yang penting namun terlepas perhatian ramai ialah tanah permai, yakni tanah Kanaan. Dalam buku Kristus Almuhit, Witness Lee menjelaskan secara terperinci bahagian-bahagian dalam buku Ulangan; dia menunjukkan bahawa tanah yang diwarisi oleh bani Israel merupakan tamsil yang penuh bagi Kristus almuhit, iaitu warisan kita dalam Wasiat Baru. Dia memaparkan pengkajian yang terperinci berkenaan sesetengah kekayaan yang tidak terduga di tanah permai, termasuk anak sungai dan sungai, gandum dan barli, buah ara dan pohon anggur, bahkan besi dan batu. Setiap tamsil dijelaskan dan dapat diterapkan pada pengalaman kita sebagai percayawan. Setiap percayawan perlu masuk, tinggal, memperoleh, dan bertempur untuk Kristus almuhit ini. Dari mula sampai akhir, bukuKristus Almuhit menjadi galakan kepada penuntut Tuhan agar tiap-tiap hari menikmati Kristus, mengalami Kristus, dan menerapkan Kristus yang merupakan tanah permai demi penggenapan tujuan abadi Tuhan.
Isi Kandungan:
1. Kristus Almuhit — Pengenalan
2. Kepermaian Tanah Itu — Keluasannya
3. Kepermaian Tanah Itu — Ketinggiannya
4. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (1) — Air
5. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (2) — Makanan (1)
6. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (3) — Makanan (2)
7. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (4) — Galian (1)
8. Kepermaian Tanah Itu — Kekayaan yang Tidak Terduga (5) — Galian (2)
9. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (1)—Melalui Anak Domba, Manna, Tabut, dan Tabernakal
10. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (2)—Melalui Korban dan Kehentaran
11. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (3)—Melalui Prinsip-prinsip Kawalan
12. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (4)—Melalui Pembentukan Angkatan Tentera
13. Bagaimana Memperoleh Tanah Itu (5) — Faktor-faktor yang Menentang
14. Masuk ke Tanah Permai
15. Kehidupan di Tanah Itu
16. Hasil Tanah Itu — Bait dan Kota
Author | Witness Lee |
Publisher | Gospel Book Centre |
Format | Paperback |
Catalog No | 983-06-002 |
ISBN | 9789833843664 |
Pages | 214 |
Dimension | 216mm X 141mm |
Language | Bahasa Malaysia |
Original Language | English |